32. #KMAB, GURU NEGERI SERUMPUN BERPANTUN

KMAB, Literasi, Pantun1469 Dilihat

Beli sandal di Kota Roma,

Pergi belanja dengan juragan,

Sisip pantun bersama-sama,

Literasi jadi pegangan.

 

Menganyam atap permuda perkasa,

Tepian laman rumbia dikerat.

Literasi mantapĀ  untaian bahasa,

Jadi pedoman makna tersirat.

 

Pohon ciku berbuah lebat,

Lezat dimakan kulitnya nipis,

Dato Wisnu pantunnya hebat,

Sarat panduan makna berlapis.

 

Batu kikir di atas pematang,

Pematang berbatasan dengan perigi,

Kalau jodoh tak datang datang,

Kejarlah ia kemanapun pergi.

 

Permatang berbatasan dengan perigi,

Duduk gadis ayu berkerudung,

Kejarlah ia ke manapun pergi,

Awas kesandung berdarah hidung.

 

Jalan pagi di pulau rupat,

Jalan lambat ketemu buah kuini,

Kalau jodoh tak kunjung dapat,

Pertanda belum lahir kedunia ini.

 

Gugurlah buah terpatah dahan,

Habis ditarah tidak dipanjat,

Tentunya tuah banyak pilihan,

Bangun istikharah sering munajat.

 

Buku akedemik belajar sejarah,

Nama negeri kisah terukir,

Angkara pendemik cari se daerah,

Merentas negeri tidak difikir.

 

Jauh berjalan mencari palas,

Hujung permatang mengail ikan,

Salam perkenalan ungkapan berbalas,

Selamat datang kami ucapkan.

 

Tumbuh selasih di tepi paya,

Hidup subur diapit kuini,

Terima kasih dari saya,

Buat teman sahabat di sini.

 

Kebaya merah cantik si nyonya,

Orangnya ramah bersimpuh santun,

Kakanda Sharifah mana asalnya,

Eratkan ukhwah di gelanggang berpantun.

 

Patah dahannya rimbun angsana,

Bunga zaitun mekarnya indah,

Apa kurangnya Pak Yusof di sana,

Hebat berpantun ungkapan terindah.

 

Kelapa perah di malam dini,

Inti disira di dalam kawah;

Semakin meriah kumpulan ini,

Berkenal mesra mengikat ukhwah.

 

Dalam juadah meramu herba,

Makanan tradisi masyarakat Minang,

Baling, Kedah asalnya hamba,

Musafir kini di Pulau Pinang.

 

Usah tangguh pasang pelita,

Terang halaman indah berseri,

Seronok sungguh tidak terkata,

Bertemu teman pelbagai negeri.

Tinggalkan Balasan